MS Word 2007: APA style referencing

MS Word 2007 menyediakan kemudahan menyenaraikan sumber rujukan menurut gaya APA yang berbantukan komputer.

In text citation

Apabila anda ingin menunjukkan petikan maklumat dalam artikel anda, bolehlah ikuti langkah-langkah yang berikut:
1. Pada menu bar, klik pada tab "References"
2. Pada kumpulan peralatan "Citation & bibliography", klik pada butang "Insert Citation".
3. Klik butang "Add New Sources..." sekiranya buat kali pertama, dan sumber maklumat baru...
4. Pada dialog box "Create Source", tentukan "Type of Source" dengan mengeklik pilihan yang disediakan.
5. Isikan butiran mengenai nama pengarang (author), judul (title), tahun penerbitan (year), tempat penerbitan (city) dan nama penerbit (publisher) .
6. Klik butang "OK".
Kes 1: Seorang (1) Pengarang a) Nama yang mengandungi elemen nama keluarga (Surname / Family Name)
Taipkan nama keluarga (Last name) dikuti dengan tanda koma, disusuli dengan nama diri (First name).
b) Nama yang tiada unsur nama keluarga seperti nama Melayu dan nama India.
Taip nama diri dikuti tanda koma, disusuli dengan nama ayah.
Kes 2: Dua (2) dan lebih orang Pengarang
Taip nama pengarang pertama diikuti dengan tanda nokhta bertindih, disusuli dengan nama pengarang yang berikutnya.

Berikut merupakan persembahan elektronik yang dimuatnaik ke Scribd:
apa_ref

Anda boleh akses kepada salinan pdfnya:
APA style referencing: in text citation.



Reference or Bibliography: Menyediakan senarai rujukan menurut gaya APA

1. Selepas anda telah menyelesaikan karangan anda, sediakan halaman baru dengan mengeklik "Insert page break".
2. Pada halaman yang baru, letakkan cursor anda pada awal halaman kedmudian klik tab "References".
3. Anda boleh mengemaskini isi kandungan dengan mengeklik pada header "update bibliography".

Anda boleh rujuk kepada persembahan elekronik yang telah dimuatnaik ke Scribd:

bibliografi
Anda boleh juga mencapai salinan pdfnya:
Bibliografi-pdf


No comments:

Post a Comment