MS Word 2007: Table of contents

Penyediaan isi kandungan (table of content) pada bahagian hadapan tugasan kerja kursus memudahkan penggunanya merujuk kepada bahagian-bahagian yang diperlukan pada sesuatu ketika. MS Word 2007 menyediakan kemudahan ini.
Langkah-langkah penyediaan isi kadungan adalah:
1. Menentukan tajuk (heading) dan subtajuk (subheading( untuk esei ataupun artikel anda.
2. Highlight tajuk (heading),  pada tab "Home", Group tools "Style", klik "Heading1".
3. Sekiranya terdapat subheading, highlight pada subheading ini, pada tab "Home", Group tools "Style", klik "Heading2".
4. Ulangi proses ini untuk heading yang lain.
5. Setelah proses ini selesai, gunakan butang "Insert blank page" sebelum petikan sebenar (body).
6. Pada halaman baru ini, letakkan cursor pada tempat yang sesuai, kemudian pada tab "References", klik butang "Table of content". Pilih built-in template yang sesuai.
Berikut merupakan persembahan elektronik yang dimuatnaikkan ke Scribd:
Tbl Contents

Anda boleh juga akses kepada salinan pdf daripada pautan ini:
table of contents (pdf)


No comments:

Post a Comment